Novel yang aku rasa nak beli tpi tak penah nak dpt.(Sedih) .Sedangkan depan mata kedai buku Popular.haha So baca sinopsis pon jadiklah.Asalkan dapat..buku ni mahal jgak sbab dia tebal tpi bebaloi kalau aku beli internet..Jimat RM 4.oo ..Postage dia pon free...Bebaloi-baloi.bak kata Kedai kAMDAR
 SINOPSIS
Mya Arlissa secantik namanya tetapi tidak  secantik hidupnya. Mya yang kematian ibubapanya telah dijaga oleh mak  ngahnya tetapi sering didera. Murad iaitu suami mak ngahnya telah  merogol Mya semasa Mya berumur 15 thn. Mya dituduh menggoda Murad dan  amat dibenci oleh mak ngahnya dan orang kampong. Murad telah menjual Mya  kepada David dan bermula dari detik itulah Mya menjadi pelacur kelas  atasan. Sehinggalah dia beralih tangan kepada Mikail. 
Mikail, hensem, berkaliber, kaya dan  memang lengkap pakej mamat ni. 2 tahun dia memperhambakan Mya sebagai  perempuan simpanan di kondonya. Mya telah dibeli oleh Mikail daripada  david dengan harga RM50,000.00 hanya mengikut segala telunjuk Mikail.  Segala caci maki Mikail terhadapnya sudah menjadi biasa. Dia perlu  melayan nafsu Mikail apabila diperlukan. Mya mengangap Mikail sebagai  penyelamatnya daripada David. Dalam diam dia telah menaruh hati kepada  Mikail.Adam, memang ade rupa dan dia ni  kawan rapat Mikail. Segala rahsia Mikail di dalam koceknya dan dia  secara diam menaruh minat terhadap Mya. Dia menggunakan pelbagai cara  untuk mendapatkan Mya daripada Mikail. Hubungan Mya dan Mikail semakin  mesra dan Adam telah bertindak nekad dengan merogol Mya. Adam telah  berpakat dengan Suzanne untuk merosakkan hubungan Mikail dan Mya.  Suzanne telah memberitahu mama Mikail iaitu Datin Adiba mengenai Mya  sebagai perempuan simpanan Mikail. Datin Adiba telah memaksa Mikail  untuk berkahwin dengan Suzanne.
Dugaan datang bertimpa bila Syamil iaitu  bekas kekasih Mya dari kampong ingin sambung cinta mereka. Mikail yg  semakin cintakan Mya tahap gaban ni telah pasang perangkap untuk dia dan  Mya ditangkap berkalwat. Mikail ingin pastikan Mya sentiasa dekat  dengannya. Mikail ni memang terlalu romantic, baik hati dengan Mya.  Perangainya berubah 100%. Mya cuba pulihkan hubungan kekeluargaan Mikail  dan papanya Dato’ Luthfi. Dendam Mikail terhadap papanya bermula bila  papanya berkahwin dengan aweknya Lisa. Sape tak marah beb!
Hubungan Mikail dan Dato’ Luthfi semakin  baik bile Mya disahkan mengandung. Adam dan Suzanne telah diugut oleh  Mikail untuk tidak mengganggu hidup dia dan Mya. Putus sahabat! Segala  perbuatan jahat mereka telah diketahui oleh Mikail secara tak sengaja.  Best btul cara Mikail layan Mya ni. Datin Adiba mula dapat menerima Mya  sebagai menantunya apabila Mya selamat melahirkan sepasang bayi yang  comel, Marissa dan Muqri.
Mya diterima di dalam keluarga Mikail dan  hubungan kekeluargaan mertuanya semakin erat. Mya amat bersyukur dengan  segala dugaan yang dihadapinya dan kini dia bebas dari title perempuan  simpanan. Muah muah buat Mikail! So sweet watak dia ni.
*The end..okey best tak??? 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan