CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 19 Februari 2011

asalamualaikum!!!!!semua 0_0

asalamualaikum........

  
KANSER 

Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kami telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kami. Untuk mengelakkan darah kami menjadi asidik perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan. 


PENGETAHUAN 
  AM 

Gigi manusia menunjukkan bahawa kami sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi
4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk 
  buah dan sayur.  Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging.Kitab agama Al-Quran pun beri petunjuk bahawa kami perlu makan sedikit daging sahaja. 

PENYEBAB KANSER 


Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit kami dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Menghisap sekali lebih 600 kali merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam. 


MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER 


a)  Makanan yang di 
  BBQ 

b)  Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges 
kerepek. 

c)  Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi. 


d)  Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai. 


e)  Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin ) 


g)  Makanan yang berkurangan serat. 
  Contoh : roti putih. Badan kami memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa  setiap hari. Kami perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari

h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan
kanser hati 

UBAT KANSER  SEMULAJADI 


Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna 
hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur.   Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darahkemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah kami dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.......tetapi oleh kerana tiada
pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ). 


Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa. 


Sebarkan emel ini kepada semua kawan-kawan. Mungkin dapat menolong menyelamatkan nyawa dan memberi harapan
kepada yang menderita.
 ps;banyak lgi info...so kne tunggu!!!!!kikik

asalamualaikum!!!!0_0

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;

1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

·
-  Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
·
- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
·
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
·
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan
....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
·
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
·
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
·
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
·
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan
...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
·
- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
·
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
·
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
·
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
·
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung.
.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
·
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
·
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
·
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan
....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
·
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
·
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
·
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat
...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
·
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...

·
- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
·
-  Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
·
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian...
.. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... ..
·
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
·
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
·
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
·
Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri
·
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
·
Hari Ini,....
·
Akan Kutunjukan Kepadamu
·
Kasih Sayang-Ku
·
Yang Akan Takjub Seisi Alam
·
Aku Akan Menyayangimu
·
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman
, 'Wahai Jiwa Yang Tenang
·
Kembalilah Kepada Tuhanmu
·
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
·
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
·
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Anda Ingin Beramal Soleh ?
Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW... menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....


Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.


Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

Sebarkan e-mail dakwah ini ke 5 orang terdekat Anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Cukup lima saja! Ini bukan surat ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini, maka Anda telah menyia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari berlumba dalam kebaikan.


 
 ps;lala

asalamualaikum!!!!0_0

PETUA IMAM SYAFIE


Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
 
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

 TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.


 TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.


 TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.


 TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH.....

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam...
Bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia mel ain kan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......
Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'



* Kalau rajin....Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu
Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
Mengajarnya meskipun dia sudah mati.

 ps:kalo nak ikut ikut kalo tak diam je...kikiki......di copy paste

Rabu, 2 Februari 2011

ibu ohh ibu

 Ibu tetap Ibu!

Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan bandingkan penderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Saya dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang suami isteri ber'jenama'. Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam (ala anak mamak gitu). Berbetulan adikku juga perempuan yang mempunyai kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah aku telah dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah kebencian ibu.

Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah yang akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut. Ketika tu aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku sendiri aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci oleh ibu.

Sedih rasanya. Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak. Hanya hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan berkuahkan air mata. Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan. Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa makanan dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan pembaris, pun begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium tangannya sebelum menduduki peperiksaan.

Aku berjaya menjadi antara 10 terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul ketika tu. Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3 aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput. Sedangkan aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku di berikan standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan nama sekolah. Ayahku terpanar sehingga menitiskan air mata semasa menungguku pulang dari sekolah. Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding. Tetapi aku tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama penuh. Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila.

Alhamdulillah aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku walaupun jauuuh di sudut hatinya. Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu.

Sekembaliku dari luar negeri aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di sini. Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku ceritakan disini. Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket dari jauh menghantar ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana ayahku telah tiada). Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlalu ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah tengah orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redho ibuku disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang". "Ya Allah yang Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa di dalam jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah tanpa ada cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . . panjang lagi doaku. Kalau tidak kerana anakanakku menangis mau rasanya aku solat sunat di lapangan terbang itu bermunajat. Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari Mekah, aku yang ditujunya. Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan dicium. Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci. ALHAMDULILLAH.

Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas. Kadangkala itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati. Ku jaga dengan penuh hati hati. Ditambah lagi aku sudah punya anak, ku jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiada berbelah bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam. Alahai, walau didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat membalas jasa ibu . . . Bertaubatlah. Apa yang ingin ku kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agar kita dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebih gelap ,gemuk,pendik,cacat dan lain2 kita terima seada nya  Hati yang bersih akan terpancar di wajah. Doa juga agar kita disayangi oleh semua orang terutama ibu @ suami.

--p/s jangan nakal nakal dengan ibu anda!!!!

couple......

ASALAMUALAIKUM...
wah wah dah bercouple ye si miss sporting kite......ohhhh please la aku tak couple lagi yek...aku sje je nak cite pasal bercinta cinton ni....baru lah syok sikit nak dengar....hihiihih....
sebenak nya aku asik la tengok orang yang bercouple dalam facebook...siap dorang tulis married with..ali kambing....contoh nya nak jaja dorang nyer pakwa la tu....pas tu dorang punya kawan yang kaki sibuk yg memang penyibuk pon datanglah pi comment......"sweet la korang"kalo aku tulis mao je aku sound dorang....macam ni...woi ingat hampa punya pakwa tu lawa sangat ka...muka ayah aku  lagi hensem tao dari korang...hihihihi....and paling aku tak tahan pasal dorang ni ...dorang ni tulis dekat fb dorang besak2 macam ni....BABY I SAYANG YOU KETAT2.....kalo aku nak je aku tulis.....kepala hotak  hang....korang ingat pakwa hang tu sayang sangat ke kat korang...pi surah pakwa hang tu sanggup tak berenang dekat gunung meletus....baru tau....                                   
lepas putus.......
  yang ni aku suka gila nak tengok......ko tengok dorang ni......hamek ko ....
sesi dialog
ali:kalo I cakap jangan marah ye....
minah:ape dia????cakap la
ali:I,I,I...nak mintak putus....
minah:apa dia ..(sambil tersembur air liur masuk ke dalam air)
you cakap dengan I sape pompuan tu...(dengan nada gangster) 
ali:I saje je nak putus...I nak enjoy...
minah:kepala hotak you......(sambil mengangkat kaki gaya ahli gimnastik)I nak jumpa you.....
lantas tutup telefon.............
 gila penat la aku nak dengar dorang menjerit macam ni.....pi hentak hentak kaki buat pa.......kami nak cakap jangan bercouple hang ketegak(degil)tak nak degak.....pi padan la muka hang.......(itulah kalo parents suruh buat2 jangan ketegak sangat nao...)  
*tajuk ini tak da kene mengena dengan yang mati dan yang nyawa2 ayam kne sembelih buat korban...minta ampun tuan puan.........sekian..




Selasa, 1 Februari 2011

fatin liyana yang sangat comel terlote

ASALAMUALAIKUM!!!!



      sambil aku terfikir 2 nak perah otak apa yang aku nak tulis for my blog yang suam suam kuku ni...aku mendapat 1 idea. .........tingggg....hah about FATIN LIYANA ....sapa tak kenal...hang habak mai..meyh aku tepok tepok tampar  kepala dia bagi kenai....ala si cantik molek...fatin liyana ni memang cantik orang nya macam aku(ooooo.tidak)tulah aku asik jegok 2 dia punya blog......bila nak update???oiiiiii..dia ni kalangan orang yang berada le....dahlah cantik ,kaya ...aiiii sapo la yang dapat dia ni memang bertuah lerrh......kalo korang tak kenal ini lerhh gambak dia....(yang kat atas tuhh)yang salu pakai ribbon besak besak..sampai aku pon ikut sekali....macam ni(semuanya kat atas)hihihi....comel mengomel....pastu dia ni lebih kurang model bergambar lah.....perhhh..pakai baju apa pon cantik....(nak membodek..kut2 dapat msuk blog dia)hihihi....tumpang popular lerhhh...chill yer..jangan marah...please yer sportingg macam saya!!!!hihihih

cinta

Asalamualaikum!
hari ni tajuk aku ialah cinta ................alah yang I love you ,you love me ,tulah...takkan tak tau......atau cinta itu boleh diubah macam makan2 sambal belacan ...walau pedas hingga berair mata masih mau dimakan jua...kita jangan buat macam goreng pisang sungguh enak ia makan panas panas ,bila ia sejuk jadi kurang enak ..hohoho kurang sedap nye.....ala macam gitu gitu lah...kalo aku suka suka tu boleh ah ....kalo bercinta cinton tu harap maaf.........sampai orang tu nak lepaskan pon kao dh menonggeng botot......tapi kalau baru jumpa cinta...haha ..aku tak tau na nak cakap pa....mandi tak kuyup,makan tak kenyang,berak tak basuh ,kencing tak lawas....!!!!itu bukan nama cinta ia...itu lain cite nye..itu mmg den tak dapat nk nolong!!....kalo den ni hah sape nk kat den ...orang gila tengok den ni pon sebelah mata.......macam mana nak jatuh cinta...shit....(aku pon tak pandang ko lah orang gila....)sampai sekarang i still alone......because i jual mahal sesampai i pegi maki orang yamg mintak couple ngan i tau..(suka mak nyah)nak tunggu pakwe mcam ASTHON KUTCHER (betul ke den tulis,bedil jelah_)turun depan mata tu...memang tak lah...so kita sesame lah mencari yer!!lagipun saya kecik lagi nak belajar..kesian saya  ...kalau ada pakwa bukan nak buat apa...dia tak tanggung ko de .mak bapak korang yang tanggung korang kan..???sapa setuju????